Pihak berkuasa percaya masih wujud ancaman terhadap kawasan perairan di sekitar pantai timur Sabah.<br /><br />Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ancaman tidak akan terhenti berdasarkan hasil risikan dan pengumpulan maklumat walaupun kadar jenayah rentas sempadan sudah dikawal dengan baik.
